0

BERSUCI DARIPADA HADAS-perkara yang membatalkan wuduk

MS

SET INDUKSI
-Gambar orang berwuduk
-Video Orang berwudhuk

SOAL JAWAB
-Apa yang kamu boleh faham berdasarkan gambar tadi?

PERKEMBANGAN(LANGKAH 1)

PENERANGAN:
Jika berlaku salah satu maka batallah wudhuk.Penting diketahui utk pastikan wudhuk masih ada atau dah batal.
i)Perkara yang membatalkan wudhuk ada 5:

a-keluar sesuatu daripada lubang qubul atau dubur.sesuatu adalah umum tanpa penegecualian-benda cair , pepejal atau angin .
*perempuan keluar angin dari arah qubul dan dubur (kentut)

b-hilang akal(tersimpan@terkunci) atau pitam ,krn gila , mabuk dsb-pitam,pengsan, koma,"terkhelap" sekejap(bukan tidur)

c-bersentuh kulit lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa lapik bersyahwat atau tidak-MAZHAB SYAFEI
*kuku , gigi , bulu tak batal
-Sentuh perempuan halal nikah dengan syahwat-MAZHAB HAMBALI


d-tidur tidak tetap punggung yg memungkinkan sesorg tahu keluar sesuatu.tidur tegak lurus(melekap ke bumi/lantai) tak memungkin kan akan keluar angin dr lubang dubur.
*tersedar dulu baru terangkat punggung maka tak batal
*terangkat punggung dulu baru tersedar maka batal sumber :ustaz azhar

e-bersentuh halaqah qubul (bulatan dubur) atau dubur manusia/anak adam sahaja -bayi,kanak-kanak @dewasa /hidup@mati/sendiri @orang punya dengan tapak tangan tanpa berlapik.
cth:ibu tersentuh kemaluan baby ketika menukar lampim-batal wudhuk
*tersentuh kemaluan binatang tak batal.
Klip Video Kartun

LANGKAH 2
-Tindakan bila batal wudhuk
-tunjuk cara guna air agar tidak bazir
http://www.youtube.com/watch?v=WPRjzjV7InM
PENILAIAN:SOAL JAWAB

-sebutkan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk

LANGKAH 3
-Penerangan hikmah mengerjakan wudhuk sempurna
ada beberapa hikmah tersembunyi yg org tak tahu.kena ambik tahu agar kita rajin/teliti buat dgn sempurna
i-Bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih dan suci-kalau kita nak ke sekolah terlebih dahulu mandi membersihkan diri .kita tidak suka keluar dalam keadaan kotor dan buat orang jijik .

ii-ALLAH Taala mengasihi orang yang bersuci .Firman ALLAH yang bermaksud :
" Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci"

ii-anggota wudhuk merupakan kawasan yg terdedah kpd debu , kotoran dsb yang merisikokan kepada penyakit .Bila wudhuk 5 kali sehari tentu sahaj membersihkan anggota sentiasa .Jika hidup dalam keadaan bersih INSYAALLAH kita akan terjaga kesihatan .

iii-kuman-kuman penyakit lalat tidak mahu singgah kepada orang yang bersih kerana selalu berwuduk

iv-mendidik diri agar menjauhi perbuatan kotor , keji dan tidak baik-wajah , mata , hidung , tangan , kaki kita basuh ketika wuduk , jdi kita sudah terbiasa dalam keadaan bersih bukan sahja lahiriah malah kebersihan batiniah.ini menunjukkan keistimewaan agama Islam yang amat menitik beratkan akan kebersihan.

v-Kebersihan dalam solat adalah suatu adab kesopanan terhadap ALLAH Yang Maha Agung.

PENILAIAN
-sebutkan cara berwudhuk dengan betul

HASIL BACAAN & OLAHAN :

PENILAIAN



RUMUSAN
-kita mesti menjaga setiap amalan yang dilakukan supaya tidak terbatal
--amalkan sentiasa berwudhuk.
-ALLAH sentiasa sayang orang yang bersih.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.