0

d)Perkara yang membatalkan solat

Posted by kopiahlembik on 5:23 PM in
MS 44-48

SET INDUKSI
-Gambar orang bersolat ./video orang solat .

SOAL JAWAB
-apa yang sedang dilakukan orang dalam gambar.
-Apa hukum mendirikan solat fardhu? (hukum mendirikan solat fardhu dengan sempurna adalah wajib.)
-Mengapa kita perlu mendirikan solah dengan sempura
(solat yang sempurna akan dapat pahala dan diterima ALLAH).
(Justeru itu kita hendaklah menjauhi/elakkan perkara-perkara yang membatalkan solat.

PERKEMBANGAN

PENERANGAN:
-Perkara yang membatalkan solat ada 11.

1)Jika tinggal salah satu dari rukun-rukun solat samada sengaja @tidak yang meliputi qalbi,qauli dan feeli.

2)Menggerakkan anggota badan 3 kali berturut-turut (Melakukan perbuatan yang banyak tanpa ada keperluan yang dibenarkan syarak seperti bunuh ular/binatang berbisa ) iaitu melibatkan anggota yang besar seperti tangan , kaki dan sebagainya.:
*jari dikira anggota kecil .
Rasulullah s.a.w bersabda:"Bunuhlah dua jenis binatang hitam , iaitu ular dan lipan, walaupun engkau sedang berada dalam sembahyang"
Bukhari&Muslim..dari Abu Hurairah

3)Terkena najis sama ada pada badan , tempat atau pakaian iaitu secara langsung & najis bukan yang jenis dimaafkan
contoh najis dimaafkan :
i-darah dan nanah yang sedikit pada adatnya (pendapat ramai)
ii-najis ringan yang kering yang boleh dibuang serta -merta tanpa menyentuh dengan tangan(kalau ditanggung / tangguh buang maka batal)

**menanggung kanak-kanak juga membatalkan solat sekiranya belum berkhatan kerana ada najis/kulup dikemaluannya @ pampers yang ada najis kecuali jika segera diangkat keluar kalau dibiarkan maka batallah solat.Kalau budak itu bersih tiada masalah.
***Kisah Cucu nabi yang naik diatas belakang Rasulullah s.a.w ketika sujud tidak boleh disamakan keadaannya dgn msyarakat melayu sebab masyarakat arab zaman nabi baru beranak dah disunatkan /khatankan anak sewaktu kecil lagi.Masyarakat melayu tahun 6
sumber:Ustaz Azhar Idrus - Hutang Kepada Allah

4)Berhadas besar atau kecil (kedatangan hadas).
contoh:sedang solat tiba-tiba datang bulan(hadas besar) atau terkencing , terkentut (hadas kecil) kerana hal itu telah membatalkan wuduk . Bila wuduk telah batal maka solat pun akan batal kerana syarat sah solat mesti ada wuduk.
*kaedah usul fiqh: jika batal syarat , maka batallah masyrut(yang disyaratkan)

5)Bercakap-cakap dalam solat dengan sengaja samada perkataan difahami atau tidak contoh sebut A / B .
*para ulamak Malikiyah mengharuskan seseorg bercakap dalam solat , asal tidak banyak dan imam tidak memahami teguran makmum dgn ucapan tasbih.
*kata imam nawawi .Tak Batal jika tidak sengaja berkata-kata/terlupa dengan syarat kata yang sedikit tapi kalau terlalu banyak adalah batal(sumber:Al Barakah.org) contohnya :melatah(tapi Hanafi tetap batal manakala 3 mazhab yg lain tak batal)
*Haram berkata-kata dalam solat samada berhajat atau tidak .
contoh tegur imam silap baca surah dan kita kata Alham....@Al Fatihah.... maka batal solat .Sepatutnya tegur dengan tasbih SubhanaLLah.
*Jawab org bersin dalam Imam Syafei : kalau YarhamkaLLah(KHUSUS MAKSYDNYA) -Batal tapi hendaklah kata Yarhamhullah(UMUM MAKSUDNYA) Tak Batal

6)Membuka aurat dengan sengaja/terbuka dengan tidak sengaja samada ditiup angin ,tertanggal atau orang jika tidak segera ditutup.

7)Makan dan minum dengan sengaja (jumhur ulamak) manakala ulama syafie dan..............kata tidak batal solat kerana nakan dan minum kerana lupa , atau tak tahu hukum.begitu juga kalau ada sisa-sisa makanan dicelah gigi yg sizenya kurang drp sebesar kacang, kemudiannya ditelannya ..tak batal solat.

8)Berpaling dada dari arah kiblat.Justeru itu berhati-hati ketika letak tangan didada jagan terlampau miring ke kanan atau kekiri agar tidak berpaling dada.

9)Ketawa dalam solat.(senyum tidak membatalkan solat)
Rasulullah s.a.w bersabda:" Tertawa itu merosakkan sembahyang dan tidak merosakkan(batal)wuduk.
riw:Daraqutni&Baihaqi

10)berubah niat-sudah Takbiratulihram sempurna tiba-tiba Berniat berhenti solat , sedang solat zuhur diubah niat solat asar

11)Murtad

*Bila solat batal maka wajib ia di ulang semula!


PERSEDIAAN SEBELUM SOLAT AGAR SEMPURNA(TIDAK BATAL)
1-berwuduk dengan sempurna-syarat sah solat adalah suci dari hadas kecil.
2-memakai pakaian yang bersih-syarat sah solat adalah suci dari najis pada tubuh,pakaian dan tempat
3-melakukan solat ditempat yang bersih-syarat sah solat adalah suci dari najis pada tubuh,pakaian dan tempat
*dilarang solat ditempat pembuangn najis , tempat penyembelihan dan perkuburan.
4-menunaikan solat pada awal waktu-agar tidak tergopoh-gapah yang memungkinkan tertinggal rukun bila solat diakhir waktu.
5-Melakukan rukun-rukun solat dengan sempurna-Rukun solat ada 13 perkara.
*tertinggal rukun akan membatalkan solat.


HIKMAH SOLAT (ARAS 3)
1-meningkatkan iman

2-Jiwa menjadi tenang-kita hidup atas dunia ni bukan seronok selalu ...(kalau seronok selalu itu syurga @ kalautidak senang langsung itu neraka)..tamsilannya : Siang bukan sepanjang masa..ada tibanya malam..ALLAH buat dunia dah sempurna.)
..ada masa kena bala bencana....bila kena musibah,orang yang benar-benar solat ....dia tak terkena kejutan & tidak keluh kesah(tenang) ...sedih...memang sedih tapi hati redha....ini dugaan ALLAH nak uji kita .itu sifat org solat...bukan tak sedih..Rasulullah saw meninggal cucu atas ribaannya pun sedih tapi hati redha.
Redha @rela dengan ketentuan qada dan qadar ALLAH taala..bukannya dengan mengamuk/meraung.

Orang solat bila dapat nikmat dia fikir nak kongsi dengan orang lain bagi rasa sama..contoh buat kenduri.

3-mendapat ganjaran pahala di akhirat
Klik:Menjadi jutawan dibulan Ramadhan

4-mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan dosa-.
*Aplikasi solat akan kita bawa keluar ke kehidupan seharian.umpamanya konsep menutup aurat ketika solat akan diteruskan di luar solat.
*Seseorang yang jaga solat tidak akan tergamak melakukan perbuatan mungkar.dalam solat kita mohon ditunjukkan jalan yang lurus tetapi diluar solat kita buat perkara bertentangan itu sudah tidak betul.
(sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran)solat boleh ubah diri ..... kalau masih bermaksiat tandanya solat belum sempurna.

5-Hidup dirahmati Allah (belas kasihan)-Hamba yang taat pasti dikasihi Allah.Patuh pada perintah Allah.
Klik:masuk syurga dengan Rahmat Allah
Klik:Burulah Rahmat Allah
Klik:Kesabaran menuju ke puncak Rahmat

6-Melatih diri menepati masa-solat mesti dilakukan dalam masa/waktu yang tersendiri -sudah terbiasa dengan hal ini akan kita bawa tabiat ini diluar solat iaitu menepati masa dan jadi org yang berdisiplin.

7-Orang solat Allah anugerahkan Nur .Biasanya 2 cahaya dunia dan akhirat dan tazallul (merendah diri)-hinakan diri demi Allah taala hanya kepada Allah.kita sujud letakkan diri kita serendah-rendahnya ditempat orang dok pijak tapi kerana ALLAH taala kita buat...hilangkan sifat ego dan sombong manusia siapapun dia walaupun pengarah ,menteri semuanya sujud menghina diri dihadapan ALLAH yang Maha Agung .



PENILAIAN:SOAL JAWAB
-Hikmah mengerjakan solat dengan sempurna

HASIL BACAAN & OLAHAN :Buku Teks


RUMUSAN
-Kita hendaklah sentiasa menjaga amalan yang dilakukan supaya sempurna dan tidak terbatal
-Allah sentiasa menyayangi orang yang berdisiplin.
-sentiasa melakukan solat di awal waktu dengan sempurna


rujukan:
Bimbingan fardhu ain ringkas untuk semua
http://www.menadahkitab.com/?p=122

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.