1

SOLAT JUMAAT

Posted by kopiahlembik on 5:34 AM in
ms 50-53

Pengertian Dan Hukum
-Solat 2 rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada waktu Zuhur hari Jumaat di masjid atau ditempat tertentu dengan didahului 2 khutbah .

-Hukum solat jumaat adalah fardhu ain ke atas setiap lelaki Muslim yang cukup syarat .

Dalil WAJIB
Firman ALLAH:SUrah Al Jumaah 62 : ayat 9



Ertinya:" Wahai orang-orang yang beriman apabila diseru untuk menunaikan solat jumaat maka hendaklah kamu bersegera mengigati ALLAH (solat Jumaat)"


Syarat-sayarat Wajib
1-Islam
2-Lelaki
3-Baligh
4-Berakal
5-Bermaustatin
6-Tidak uzur
7-Merdeka

Lafaz Niat


Ertinya :"Sahaja aku solat fardhu jumaat 2 rakaat tunai makmum kerana ALLAH taala "
*tidak sah solat kalau tidak diniatkan makmum/mengikut iman

syarat SAH
1-Dilakukan secara berjemaah
2-Pada waktu zuhur
3-Jemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki (ikut mazhab syafie)
4-Ditempat yang ditentukan seperti masjid
5-didahului dengan 2 khutbah

SUNAT sebelum solat jumaat
1-mandi
2-memotong kuku
3-berpakaian bersih
4-memakai bau-bauan
5-datang awal ke masjid
6-solat sunat Tahiyyatul Masjid
7-Iktikaf
8-Baca Al Quran
9-Berselawat dan berzikir .

LARANGAN ketika Khutbah
-bercakap
-bermain
-melakukan perkara-perkara yang mengganggu khutbah dan jemaah lain (bermain dan bercakap ketika khutbah boleh mengurangkan pahala )

Hikmah
-lambang perpaduan umat
-menukuh persaudaraan Islam
-membuktikan ketaatan kpeda ALLAH
-bertukar-tukar fikiran
-mendengar nasihat

*Boleh dijamakkan solat Jumaat dengan solat Asar .

1 Comments


cari :
hukum jual beli selepas azan jumaat

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.