0

2.2.2. BERSUCI a) Bersuci daripada najis.

Posted by kopiahlembik on 1:37 AM in
SET INDUKSI
-Gambar najis lembu

SOAL JAWAB
-Gambar apa yang kamu saksikan tadi.
-Apa perasaan kamu kalau terkena pada kaki atau tangan kamu?

PERKEMBANGAN(langkah 1)
PENERANGAN

Najis ialah benda kotor/jijik yang menyebabkan solat tidak sah jika najis itu ada pada badan,pakaian atau tempat.

a) Najis ada berbagai bentuk dan rupa , namun ia dibahagikan kepada 3 jenis sahaja:
1- Najis ringan ( mukhaffafah)-air kencing kanak-kanak lelaki yang masih belum 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja (tanpa makan apa-apa).

2- Najis sederahana(mutawasittah)-najis biasa iaitu selain daripada najis ringan dan berat.
contoh:darah , nanah , muntah ,air kencing , wadi , bangkai , mazi , arak , susu &mani binatang yang tak halal dimakan .
* darah yang terdapat didalam daging yang dianggap najis ialah najis yang mengalir kalau tak mengalir tidak najis .misalnya :darah yang masih ada setelah binatang itu tidak lagi bernyawa.

3- Najis berat. (mughallazah)-segala perkara yang berhubungan dgn kedua-dua binatang (Anjing dan babi )itu seperti tahi , kencing , darah , daging , kulit dsbnya .Termasuk juga anak yang lahir salah satu daripadanya .
*sentuh kulit anjing yang kering dengan tangan kering tidak dikira najis kecuali basah salah satunya .
*berbeza dengan babi walaupun kering tetap najis.


Aras 1 :
1. Menerangkan maksud bersuci daripada najis dan hadath.
2. Menyatakan jenis-jenis najis :
( Mukhaffafah, Mutawassitah, Mughallazah )
3. Menyebut alat-alat bersuci .
4. Mengetahui cara-cara menyucikan ketiga-tiga najis di atas.
5. Mengetahui cara bersuci daripada najis hissi dan ma'nawi ( يسح / يونعم )
6. Cintakan kebersihan.
Aras 2 :
1. Menerangkan akibat tidak suci daripada najis dalam ibadat dan
kehidupan seharian.
2. Menerangkan cara untuk bersuci daripada najis hissi dan ma'nawi.
3. Sentiasa menjaga kesucian rohani dan jasmani.
Aras 3 :
1. Menyenaraikan hikmat bersuci.
2. Memahami maksud dalil naqli surah رثدملا ayat 4.

HIKMAH BERSUCI
-ALLAH mengasihi orang yang bersuci "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci "-Al Baqarah :222

-Sabda Nabi " Bersuci itu sebahagian daripada iman "-Hadis riwayat Muslim

2-Hindar perasaan jijik .

3-Membezakan manusia dengan binatang .

4-Suatu tanda istimewa agama Islam yang amat menekankan kebersihan zahir dan bathin.

5-Terpelihara maruah diri .

ruj:
Indahya bersyariat

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.