0

PELAJARAN 13:Mari Mengenal Hukum

Posted by kopiahlembik on 1:36 AM in
MS 30-33

SET INDUKSI


-Gambar orang bersolat
-Gambar orang mencuri
-Gambar orang menyembelih binatang korban
-Gambar Bawang merah
-Gambar orang tidur



SOAL JAWAB
-bolehkah kita melakukan perbuatan ini? mengapa?
-kerana mendapat dosa/pahala yang akan dibalas dengan azab dan nikmat.
-Jelasnya orang yang melakukan suruhan Allah akan disayangi-Nya.

PERKEMBANGAN

PENERANGAN:

-Orang Islam mesti tahu Pembahagian hukum dalam Islam .
-setiap perbuatan , perkataan dan apa jua aktiviti orang Islam akan berkait dengan hukum yang 5:


WAJIB(Fardhu ain dan Fardhu Kifayah)
-Melakukannya dapat pahala dan meninggalkannya berdosa
contoh:
i)solat fardhu
ii)Zakat
iii)Puasa dibulan Ramadhan
iv)Menjawab salam
v)Belajar Fardhu ain

HARAM(Ditegah)
-Melakukannya berdosa dan meninggalkannya mendapat pahala .
contoh:
i)Minum arak
ii)Berjudi
iii)Bercakap bohong


SUNAT (digalakkan)
-Melakukannya dapat pahala dan meninggalkannya tidak berdosa
contoh:
i) menyembelih korban
ii)Bersedekah
iii)Solat Tarawikh
iv)Memberi salam

MAKRUH(kurang baik)
-Melakukanya tidak berdosa , meninggalkannya dapat pahala(digalakkan tinggalkanya)
contoh:
i)Makan bawang merah mentah
ii)Makan petai
*makruh dibahagikan kepada 2 iaitu Tahrim (ditegah) yang hukumya mendekati haram contohnya :Rokok@Solat sunat pada waktu dilarang
*sumber ustaz Mat Esa
& Tanzih iaitu makruh biasa tinggal dpt pahala buat tak berdosa.
HASIL BACAAN: BIMBINGAN FARDHU AIN RINGKAS UNTUK SEMUA

HARUS(mubah)
-Tidak berdosa sama ada melakukannya atau meninggalkanya.
contoh :
i)makan
ii)tidur
iii)mandi

PENILAIAN:SOAL JAWAB
1)Berapa jenis-jenis hukum ?
2)Nyatakan Jenis-Jenisnya.
3)Berikan contoh bagi setiap hukum.














Hukum =syariat Islam adalah merupakan panduan hidup yang disediakan Allah swt yang mengatur seluruh sendi kegiatan umat manusia .
-Kita ini diciptakan oleh Allah,jadi sudah tentu Dialah yang menentukan panduan hidup kita.

-Tamsilannya:komputer yang dikeluar oleh kilang akan menyediakan sekali manual booknya (buku panduan) dan alat untuk merepair apabila ada kerosakan.


PENILAIAN
1-Kebaikan melakukan amalan wajib dan sunat Contoh:PERBUATAN MEMBERI SALAM.




Akibat melakukan perbuatan makruh dan haram
contoh:PERBUATAN MENGHISAP DADAH


RUMUSAN
-murid disuruh melakukan amalan wajib dan sunat.
-murid boleh melakukan amalan harus.
-murid meninggalkan perbuatan makruh dan haram.














0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.