0

PELAJARAN 14:Bersuci daripada Hadas Besar

Posted by kopiahlembik on 1:36 AM in
MS 30-33

SET INDUKSI
-Gambar orang mandi di paip ,perigi atau dilaut .





SOAL JAWAB
-mengapa kita mandi setiap hari?
-Adakah berdosa kalau seseorang itu tidak mandi?
-Adakah solat sah kalau tanpa kita tidak mandi terlebih dahulu?
jenis-jenis mandi
i-mandi wajib-ada niat angkat hadas besar
ii-mandi sunat-niat tertentu seperti mandi sunat hari raya, jumaat,selepas mandikan mayat
iii-mandi harus-selain dari di atas.membersihkan badan, panas .
-Tapi ada juga hukum mandi menjadi wajib bila kita nak beribadah,kalau tidak ibadah kita tidak akan diterima Allah Taala.

PERKEMBANGAN

PENERANGAN:

-Hadas Besar ialah perkara yang mewajibkan seseorang itu mandi.
-Hukumnya adalah wajib.
-Perkara -perkara yang mewajibkan mandi ialah apb terdapat pada sesorg salah satu daripada 6 perkara dibawah maka ia wajib mandi.

1-HAID-selepas habis tempoh haid/kering darah iaitu darah kotor yang keluar dari faraj wanita dewasa yang biasanya 7 hari dan maksimanya 15 hari setiap bulan.

2-NIFAS-selepas habis darah nifas/kering iaitu darah dari kemaluan wanita selepas bersalin .

3-WILADAH-melahirkan anak samada mengeluarkan darah ataupun tidak.

4-BERSETUBUH-apabila kemaluan lelaki masuk ke faraj perempuan , sekurang-kurangnya sampai ke paras hasyafah (kepala zakar),walaupun tidak keluar mani.

5-KELUAR MANI - samada kerana mimpi lazat , melihat sesuatu yang berahi atau lain-lain maka kena wajib mandi

6-MATI- kecuali orang yang mati syahid tidak perlu dimandikan walaupun berlumuran darah.



PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERHADAS BESAR iaatu sebelum mandi junub dilakukan.

1-SOLAT samada fardhu , sunat , sujud syukur @tilawah .
2-KERJAKAN TAWAF di Kaabah .
3-MENYENTUH ,MEMBACA DAN MEMBAWA AL QURAN kecuali zikir .
4-BERPUASA bagi wanita dalam haid,nifas
5-DUDUK DALAM MASJID-berhenti dalam tempoh yang lama didalam masjid .

RUKUN-RUKUN MANDI
-iaitu mesti ada dan dilakukan , kalau tidak ia akan tidak sah (tak terangkat hadas)
-ada 2 rukun sahaja iaitu:
1)Niat(ketika air sampai ke badan)
i-Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala.
ii-Aku berniatkan mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.

2)meratakan air keseluruh badan-semua bhgian zahir badan cth rambut , lubang pusat , celah-celah jejari tangan dan kaki , bhgian lubang faraj yg boleh nampak jika bertinggung , celah janggut , lubang hidung , lubang dubur , sanggul rambut hendaklah diurai.


CARA MANDI YANG BAIK /SUNNAH RASUL
1)mulakan membasuh kedua-dua tangan (sunnah Rasululullah)
2)mencurahkan air dengan tangan ke atas tangan kiri , lalu basuh kemaluan.(sunnah Rasulullah)
hadis riwayat Muslim
*sunat menggunakan sedikit kasturi/benda wangi untuk basuh kesan-kesan darah dan bau yang tidak menyenangkan dgn cara mencalitkan dengan kapas yang dilerakkan wangian-riwayat hadis

1)basuh kemaluan dan kekotorannya.
2)Berwudhuk
3)memasukkan jari-jarinya ke dalam air lal u menyelati pangkal rambut.
4)curahkan air atas kepala sebyk 3 cebok tangan ke seluruh kulit.
hadis disisi Bukhari yang diriwayatkan dari Maimunah r.h.a

SUNAT-SUNAT MANDI
-tidak wajib tetapi alangkah baik kalau dibuat.
1)Menghilangkan najis dan kotoran yang ada pada badan sebelum mandi.
2)Berkumur pada awal mandi @akhir mandi (meninggalkannya adalah makruh)
3)Berwudhuk sebelum mandi
4)Membaca Basmalah sebelum memulai mandi
5)mendahulukan basuhan pada bhgian tubuh sebelah kanan baharu ke sebelah kiri .
6)Baca doa


PENILAIAN:SOAL JAWAB
1)Perkara yang menyebabkan mandi hadas besar?
2)Hukum dan perkara yang dilarang ketika hadas besar ?

HIKMAH-HIKMAH MANDI
1-Islam sangat pentingkan kebrsihan lahir dan batin . "Kebersihan itu sebahgian dari iman ".Badan menjadi bersih dari segala kekotoran dan bau yang tidak menyenangkan.
2- kebiasaannya lepas bersetubuh , keluar haid dan nifas , tubuh menjadi letih dan lesu .Badan menjadi segar dan sihat bila mandi .
3-Boleh melakukan ibadah bila-bila masa.

HASIL BACAAN & OLAHAN : BIMBINGAN FARDHU AIN RINGKAS UNTUK SEMUA

PENILAIAN
1-menyatakan semula rukun dan sunat mandi wajib.


RUMUSAN
-menegaskan wajib mandi bila berhadas besar dan akibat apabila tidak mengambil berat tentang mandi yang betul .
-Penting untuk berjimatkan air ketika mandi hadas agar tidak membazir.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.