3

SOLAT BERJEMAAH

Posted by kopiahlembik on 5:33 AM in
ms 44-49

Pengertian solah berjemaah

Solat yang dilakukan 2 orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan disertai niat berjemaah .

Hukum solat jemaah
i-Fardhu Kifayah-keatas orang lelaki sesuatu tempat bagi semua solat fardhu kecuali solat jumaat .
ii-Fardhu ain-keatas setiap lelaki bagi solat jumaat .
iii-Sunat-bagi solat-solat sunat seperti solat hari raya .


Lafaz Niat solat berjemaah
Niat imam
-"sahaja aku bersolat fadhu zohor 4 rakaat tunai imam kerana ALLAH Taala "

Niat Makmum
-"sahaja aku bersolat fadhu zohor 4 rakaat tunai makmun kerana ALLAH Taala "


Kedudukan Makmum dalam solat
1-Imam lelaki dengan seorang makmun lelaki
2-Imam lelaki dengan beberapa orang makmun lelaki
3-Imam perempuan dengan seorang makmun perempuan
4-Imam lelaki dengan seorang makmun lelaki dewasa,2 kanak-kanak , 2 kanak-kanak perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan .
6-Imam perempuan dengan beberapa orang makmun perempuan(imam ditengah makmun)
INGAT:PEREMPUAN HANYA BOLEH MENJADI IMAM KEPADA JEMAAH PEREMPUAN SAHAJA .

Syarat sah solat berjemaah
1-Niat mengikut imam bagi makmum.
2-TakbiratulIhram makmum tidak mendahului Takbiratul Ihram imam.
3-Makmum tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam.
4-Makmum mengetahui pergerakan imam.
5-Tiada sekatan atau penghalang antara makmum dan imam

*Imam boleh baca panjang untuk solat jemaah kalau org tak ikut pun takpa cth:terawih
*Kalau imam baca panjang dan kita letih boleh mufarakah.Kafiatnya :
"aku sembahyang sorang diri"
"aku tidak lagi ikut imam"
atau lain lain yg bawa maksud yg sama.
Sumber:Ustazazhar.com

*Boleh berimamkan kpeada orang yang solat sunat.Contoh solat Isyak ikut org terawih.kerana sama jenis .
*Makmun tak perlu sebut "Allah mendengar sesiapa yang memuji Nya"

PERSOALAN
TIDAK SAH
*makmun mendahuhului imam angkat takbiratulihram.
*makmun angkat takbir sebelum imam menghabiskan takbiratulIhram.
*makmun angkat takbiratul Ihram serentak imam.
*beri salam lebih dahulu dari imam.Kalau serentak dengan imam maka makruh.

TIDAK BATAL
*Imam rukuk dgn sempurna baru kita rukuk,Jangan serentak.

Jenis-Jenis Makmum
1-Makmum Muafiq
makmun yang sempat membaca AL FATIHAH bersama imam dalam rakaat pertama.

2-Makmum Masbuq
makmum yang tidak sempat baca AL FATIHAH bersama imam dalam rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya .

Kelebihan solat berjemaah
-dapat 27 kali ganda berbanding solat sendirian.
-dapat kukuhkan persaudaraan sesama umat Islam
-Bantu tambah khusuk dalam solat
-hidup diberkati ALLAH.
-berpeluang tambah ilmu .


INFO:
10 org yang tidak diterima sembahyangnya -Ustaz Muhammad Kazim(MUHIMMAH)
i-Solat orang yang tiada berjemaah .Mendengar azan di masjid tapi bersolat dirumah(bagi orang yang berjiran dengan masjid atau surau) .Maksud dengar azan disini ialah suara original/asli yang dilaungkan oleh bilal . Bukan dengan bantuan pembesar suara .Bagi orang lelaki .Perempuan boleh datang kalau tak timbulkan fitnah.kalau timbul fitnah lebih afdhal di rumah .
orang yang dengar azan dan iqamah tapi tiada datang sembahyang berjemaah . Azan suara original .

ii-Solat orang tak bayar zakat .
iii-Solat orang berzina.
iv-Solat orang makan riba.Dosa makan riba macam bunuh Nabi .
v-Solat orang yang mencuri/menyamun.(tidak diterima maksudnya selagi tidak bertaubat dan pulangkan balik apa yang dicuri:kalau tak tiada pahala , tergantung-gantung.
vi-Solat orang minum arak.Setitik 40 hari tidak diterima.Satu tin kalilah titiknya.
viii-Solat orang
viii-Solat orang makan dan menjual binatang haram cth :biawak , ular , kura-kura , babi . Tapi Lintah adalah harus jika tujuannya untuk berubat(terapi lintah).
viiii-Solat hamba yang lari dari tuan .
ix-Solat perempuan yang masam mukanya@derhaka@bercakap dengan marah/kasar dengan suaminya .Solat dalam keadaan marah suaminya .


3 Comments


Assalamualaikum....
mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
JazakAllahu Khairan


maksud jazakAllahu Khairan..?


assalam, saya nak copy maklumat ni bole x

Post a Comment

Copyright © 2009 ASAS ULUMUL SYAR'IAH-IBADAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.